Who is Kamen Malay?

My photo
Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Malaysia
Demi keamanan dan kesejahteraan tanahairku ini akan ku guna tulang empat kerat dan dengan kuasa tali pinggang perut saiz 40" ini membenteras sebarang anasir anasir jahat dari planet Shocker.. isk poyo nyeee.. HENSHIN!!!

Monday, January 16, 2012

Merepek kembali 17/01/2012

hari ni 17/01/2012, kejap jer rasa masa berlalu dah lama tak cerita dalam ni, sibuk merepek kat luar sampai tak sempat nak merepek kat dalam, maklum laa busy busy, pindah rumah lah dengan kerja bertambah client lah dengan online business yang sedikit slow down sebab tak pantau sangat, overall LIFE IS GREAT alhamdulillah.

New Family Member, Princess Noorizatie Aqeela

Awal 2012 kemunculan orang baru dalam dunia keluarga En Samar, my very first niece , Pak Long tak jumpa lagi anak buah paklong lagi ni, tunggu jer maklong gi balik minggu ni.BTW story untuk time time kelahiran puteri sulung ni ada dalam my bro in law punya blog talesoflittleprincess.blogspot.com

Hobby Hobby
Now, hobby news, bulan lepas berjaya jugak aku completekan some of the incomplete storyline, Separuh gi beli kat kedai komik kat Earth638 di Kelana Jaya dan Comics Corner Bangsar and Subang Jaya dan ada gak beli kat Ebay.com  , antara komik set yang berjaya di complete kan

   

  • Fatal Attraction (X-Men) 
  • Fear Itself
  • Fear Itself Deadpool
  • Death Of Superman 
  • Phalanx Convenant
  • X-Men Schism
sambil cari komik nak lengkapkan sambar sekali beberapa new issue dan rembat variant cover yang dijual dengan harga muka (cover price)
  1. Avenging Spider-Man
  2. Ultimate Fallout # 4 (1st new Spider-Man)
  3. Hulk 635 variant white cover
  


pembelian di Ebay.com memang menguntungkan asalkan ada Paypal ada modal memang senang nak completekan set. Bukan takat beli komik jer, aku sambar gashapon Kamen Rider 3 ketul dengan harga $0.99 seketul dengan FREE Shipping... wohooooo best siuut. Wife aku laa seronok bila item dah sampai sebab setem luar negara dapat free khekehkeh..

New Home Sweet New Home

Bulan 11 berpindah ker rumah sewa lak, selama ni duduk dengan Mak dan Mak pun dah pindah area Serendah, aku dengan orang rumah menyewa jer laa kat area Wangsa Maju, maklum laa nak dekat dengan LRT kena laa carik area area sini jer kan? Alhamdulillah rezeki Allah swt kurniakan, murah rezeki dapat laa rumah dekaaaat dengan Wangsa Walk, LRT Sri Rampai. mudah sikit kalau nak hantar dan jemput orang rumah ni. So far area ramai Melayu dan baik baik layanan, takde laa yang berlagak, blok aku ni terbaeek laa sebab mengadap pemandangan bukit hijau dan dekat dengan tempat jogging. Duduk pun selesa gak walau aku tak biasa naik turun rumah bertingkat takde lift tapi gagah kan jugak, rasa rasa boleh kurus gak tak lama lagi ni kehekhekh.

Newsorama

Kurang laa nak baca dan tengok berita sangat sebab muak dah berita berita kalau dah nak dekat pilihanraya ni macam macam cerita yang menyampah nak tengok, standard berita cerita kalau TV saluran percuma ni dah jadi POLITIC CHANNEL ... kalau tengok perangai binatang kat ANIMAL PLANET ... tapi ini lah masanya kita sebagai pengundi dapat guna power ni... kira macam dapat special pass laa yang nak apa sahaja kalau YB boleh bagi dia akan bagi dalam masa terdekat ni. Time time ni laa YB kawasan nampak batang hidung. 4 tahun tak jumpa YB sibuk sibuk sibuk sekarang YB dalam jadual FREE MANJANG... ajak pi minum pun agak dia sanggup turun. Tapi sorry laa, 4 tahun kalau KPI YB buruk, tolong jangan cakap pengundi ni bodo lah , buta lah, salahkan diri YB YB yer sebab 4 tahun YB tak jaga kawasan bila nak pilihanraya YB datang macam laa semalam ada lepak sembang minum kopi segelas roti pau sepinggan. Baik wakil kerajaan atau wakil pembangkang, tak buat keja tak jalan kan tanggungjawab , jawapan dia BYE BYE.



Ending.........for now