Who is Kamen Malay?

My photo
Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Malaysia
Demi keamanan dan kesejahteraan tanahairku ini akan ku guna tulang empat kerat dan dengan kuasa tali pinggang perut saiz 40" ini membenteras sebarang anasir anasir jahat dari planet Shocker.. isk poyo nyeee.. HENSHIN!!!

Wednesday, April 6, 2011

Bala dunia, Bala peribadi

Bala bala, ni semua bala ni 



     Jumaat 11/3/11, Tsunami menghantam persisiran pantai timur semenanjung Oshika, Tsunami gempa yang dinamakan Higashi Nihon Daishinsai atau nama inggeris "Great Eastern Japan Earthquake" hasil dari gempa berskala 9.0 gempa dasar laut yang menghasilkan ombak setinggi 37.9 meter atau 124 kaki. Kira sendiri laa berapa tinggi ombak tu. Kurangnya bilangan angka kematian adalah kerana kepakaran orang orang Jepon ni sendiri dalam membina struktur bangunan yang utuh ketika gempa bumi, Tapi kuasa Tuhan siapa laa yang tahu kan? Gegar boleh laa nak bina bangunan tahan gegar tapi kalau dah gegar kena dengan air laut setinggi bukit adakah mampu teknoloji masa kini membantu. Teringat aku bersembang dengan salah seorang mangsa Tsunami Acheh, sekarang duk kerja kedai mamak kat rumah. Dia cerita pengalaman di hambat tsunami memang tak boleh nak cerita mulut sahaja, elok rasa dulu baru tahu, kita tengok dalam tv macam senang jer nak lari kan? SALAH, try pi tepi laut time musim ombak besar pantai timur. Ini bukan ombak datang sampai takat pinggir pastu patah balik ini TSUNAMI dia datang terus datang selagi ada daya tolakan dari belakang dia datang tolak habis semua. Bayang laa macam mana perasaan tengok ombak lebih tinggi dari tiang lampu, dari pokok kelapa datang bergulung, kalau gulung kosong ok laa korang masih boleh terjah masuk dalam ini dah macam macam benda ada. Umpama cicak masuk blender laa jawabnya.


   Kereta kereta hanyut dah macam hotwheel dilempar lempar dalam kolam mandi. Tapi memang respect laa kerajaan dia dan teknoloji yang ada pada negara matahari terbit tu. sebegitu kuat hantaman bala namun tidak lah tinggi angka kematian. Sekarang bandingkan negara tersebut dengan negara Myanmar yang baru baru ini juga dilanda gempa. Cukup berbeza kesan kan? Negara kita Malaysia ni sudah bersediakan untuk menghadapi ujian azab yang bakal turun? Bukan nak menakutkan tapi terfikir laa sikit, gempa dia seberang dah rasa rasa sampai sini, Alangkan Bangkok 800km dari Myanmar pun terkena tempias. Aku sendiri mengalami pengalaman mini gempa di PJ sebanyak 3 kali dalam jangkamasa 3 tahun ni. Stesen Meteorologi Petaling Jaya ( www.met.gov.my) takde ker nak buat pengumuman berkenaan kes kes gempa mini ni? 


   Apa apa pun takziah pada rakan rakan dan warga Jepun. Hakikat mereka ini bangsa yang cekal dan tabah dan bila dilanda musibah selalunya semangat naik mereka berkali ganda, lihat sahaja apa yang jadi selepas Perang Dunia Ke-2, Jepun maju tersangat sangat sampai hidup dan perangai mereka pelik. So maybe ini semua just a warning pada mereka agar tak terlalu leka dan lupa bahawa Tuhan kalau nak ubah hanya 1 hari sahaja boleh ubah. Mungkin ada yang tak faham maksud aku ni tapi takpe laa kalau bersembang sama sama tentu akan tau maksud ni. Sebab topik ni laa Aku dan rakan rakan office pernah jadikan isu bual bicara di kedai selama 3 hari 


    Oleh itu untuk penutup cerita, teman menyeru pada rakyat Malaysia apa bangsa pun janji 1Malaysia untuk turut sama membantu tak banyak sikit pun jadi laa. Sumbanglah sikit kat MERCY MALAYSIA bukan untuk mangsa di Jepun tapi mangsa mangsa bencana lain di serata dunia juga. 







Sunday, January 16, 2011

Kamen Malay Merepek: Merepek hal tepung

Kamen Malay Merepek: Merepek hal tepung: "Flour is a powder which is made from grinding cereal grains, other seeds, or roots. It is the main ingredient of bread, which is a staple f..."

Merepek hal tepung


Flour is a powder which is made from grinding cereal grains, other seeds, or roots. It is the main ingredient of bread, which is a staple food for many cultures, making the availability of adequate supplies of flour a major economic and political issue at various times throughout history
          Tepung : kat tanahair kita ni paling glamour sekali tepung gandum laa kot. Bahan kedua selepas mee segera bagi student student bujang yang terpaksa masak sendiri. Letak telur, bawang, garam sikit, bancuh dengan tepung gandum. Pastu goreng laa jadi cekodok bawang.
Tapi aku nak citer ni bukan pasal cara masak tepung jadi cekodok tapi citer pasal ditepung, tepung cap superhero dan citer pasal tepung segera koleh kacang.

DITEPUNG : Serangan tepung secara serang hendap atau secara berdepan. Selalu terjadi time time birthday. Impak pada sasaran sungguh dasyat sehingga mengganggu penglihatan dan tutur kata. Tapi ada risiko pada penyerang sebab kalau sasaran berjaya bangkit sedar, memang penyerang pun bertepung juga. DITEPUNG dengan TEPUNG TAWAR lain.


Mangsa tepung bersama para penyerang dari sayap kiri Tepung Cap Hamas
 Citer pasal tepung ni ada laa sekali tuh gi NSK Selayang dengan mak, pusing pusing dalam NSK tuh nampak laa satu tepung ni.
Serbuk Rempah Lada Campuran Cap Super Man
Tengok pada cap Super Man tuh kira aku rasa ok lagi laa, sebab banyak lagi barangan tempatan cap Super Super ni (Supergirl jer takde lagi) TAPI nak dijadikan citer nyer .. cer citer cer citer .. kat tepi pulak ada benda yang sama dari syarikat yang sama tapi beza nya cap superhero lain. Aku rasa diorang ni mula mula pakai cap Super Man, lepas tuh tiba tiba nak rebranding laa tukar cap lain sebab Super Man ni pakai seluar pander (spender) kat luar jadi orang tak berselera kot. So maybe laa just maybe citer dia macam ni


Meeting room Syarikat ehem ehem

Boss: "Ok semua, kita perlukan satu nama atau cap yang paling komersial untuk produk kita ni memandangkan ramai pengguna dah loya dengan cap Super Man ni. Ada cadangan?"

Staff staff "..............................................." takde idea laa tuh

Boss: "Come on, i tak kisah apa apa sahaja kita akan pertimbangkan"

Staff bahagian bungkusan: "Boss saya cadang kita guna jer ikut watak yang citer kita tengok kat kantin tadi"

Boss: "Bagus kepala otak kau tuh bagus"

So jadi laa macam ni hasil dia

Cap Robocop???


Tepung Koleh kacang.

Tepung Koleh Kacang Sabba - RM5 sahaja sekotak

Saper pernah makan Koleh Kacang, i mean yang tak kering tak terlalu lembik yang kira just nice almost perfect? Tau tak koleh kacang ni? Ok, ini ada satu cara mudah untuk buat Koleh Kacang, sebuah syarikat Sabba Enterprise (Link ke Sabba Enterprise) dah ada cara mudah untuk buat kuih ni. Syarikat ni keluarkan Tepung Segera Koleh Kacang. Merata jugak try cari kuih ni memang susah laa nak jumpa orang jual tepi tepi jalan. Dulu merasa gak makan kat Hilton Hotel masa Kompakar Sports Club Party. Kalau ikut cara memasak yang dicetak dikotak memang nampak mudah laa, kalau benda ni ada masa aku bujang bujang dulu rasa tiap tiap petang boleh buat. Simple sungguh kan?

Artikel berkenaan pengusaha tepung ini ada dipaparkan dalam Kosmo

Kosmo! Usahawan koleh kacang


 

Friday, January 14, 2011

Kamen Malay Merepek: Merepek hal hobi lak

Kamen Malay Merepek: Merepek hal hobi lak: "Hobby = an activity or interest pursued for pleasure or relaxation and not as a main occupation: Nama saya Panda Relax Kalau diterjemahka..."

Merepek hal hobi lak



Hobby = an activity or interest pursued for pleasure or relaxation and not as a main occupation:
Nama saya Panda Relax
Kalau diterjemahkan dalam lidah belacan budu bermakna suatu aktiviti atau mengejar sesuatu benda hidup dan tak hidup untuk kepuasan atau kesenangan dan bukan dijadikan sebagai pekerjaan

Rasa nak kena ubah dah memandangkan hobi hobi sekarang banyak menjana pendapat individu

Kalau nak diceritakan hobi ni macam macam jenis, tak dapat laa nak list kan semua kat sini. Hobi ni ada yang modal tinggi dan ada yang tak bermodal langsung, contoh kalau jenis hobi main kereta, kalau kereta mainan takpe laa gak beli Hotwheels kat Ampcorp Mall baru 3 biji RM 10, tapi kalau hobi membabitkan kereta betul dah tentu makan kos tinggi. Hobi tak bermodal hobi kumpul batu laa kot tak pun kumpul angin. Ada hobi yang berisiko tinggi ada yang rendah. Nak kupas banyak banyak pun tak guna sebab teman bukan expert pun. Cuma nak merepek sembang jer. Dengan kemunculan hobi hobi baru juga banyak la hobi lama makin tenggelam. Kalau gi Ampcorp Mall time weekend sure muka muka old timer jer laa yang mengadap koleksi setem dan duit lama. Generasi baru kini hobi pelik pelik dah. Teman yang tak tua sangat ni pun terasa ketinggalan. Hobi kumpul gadget rasa dah macam sama tinggi modal dengan hobi bikin enjin kereta. Laptop Alienware dah rega sama dengan halfcut MIVEC. Beli handphone atau ipad lagi mahal dari time teman tukar block 4g93 tuh. Tapi berbaloi tak hobi gadget ni, tidak dapat dipastikan. Yang pasti harga makin turun. Rasa nak buat hobi kumpul rokok laa sebab tiap tiap tahun rokok naik harga. Bila musim perayaan kita tukar ke hobi kumpul gula dan minyak masak, sebab macam tahun tahun sudah, tiap kalu nak raya gula manjang habis. Lori gula pun tak nampak kat jalan raya habis disorok. Agak kena tambat sekali kot masa bulan Ramadhan.

Hobi bikin kereta Evo , contoh  hobi modal tinggi



Hobi ni bukan setakat dapat release stress, ia juga dapat menambah pendapat kalau kena pada jenis hobi. Contoh kalau hobi kumpul komik komik US, macam Marvel, DC.. bayangkan comic Action Comics isu 1 yang keluar tahun 1938 yang mana komik ni memperkenal kali pertama watak Superman bernilai USD 1 juta.

Action Comics #1 yang bernilai USD 1,000,000
Hobi tak semesti pada satu jer, macam aku sendiri suka pada touch up bikin sikit kereta buruk aku tuh, then kumpul DVD (aku giler betul tengok kamen rider hahahha) kumpul komik, gashapon, gundam. Dah berapa agak habis aku tak pasti sebab beli sikit sikit. Dulu beli gak lah Hotwheels tapi aku dah buat lelongan awam kat office dan diborong sekotak besar berisi lebih dari 100 biji hotwheels pada Mr Big Cock (bukan nama sebenar). Tengok sendiri laa sebahagian koleksi ni. Dah takde ruang dah kat rumah mak teman ni. Nampak sangat kena pindah rumah sendiri, hmmm tambah hobi baru laa, HOBI BELI RUMAH KOS MURAH
















Jadi teman menyeru pada rakan rakan yang terbaca repekan teman ni kalau ada komik komik nak buang, mainan lama lama, elok fikir 2 3 kali sebab mana tau mungkin sampah pada mata anda tapi pada mata orang lain amat bernilai.

Hobi yang menjanakan pendapatan amat elok time begini masa ekonomi slow ni. Kepuasan dapat duit pun dapat. Tak payah nak cari downline kan.



Ok dah lapar ni, baru balik keroje, penat meredah lautan double park kat Uptown Danau Kota, isteri tercinta pun masak best so HENSIN!! Sayonara

Wednesday, January 12, 2011

Kamen Malay Merepek: Suratkhabar Merepek, Hero Kecil, Facebook bungkus

Kamen Malay Merepek: Suratkhabar Merepek, Hero Kecil, Facebook bungkus: "Fasha berbikini Pagi pagi dah bangun ngantor bini gi LRT, balik singgah kedai mamak tapau capati, menunggukan capati capai laa suratkabor K..."

Suratkhabar Merepek, Hero Kecil, Facebook bungkus

Fasha berbikini
Pagi pagi dah bangun ngantor bini gi LRT, balik singgah kedai mamak tapau capati, menunggukan capati capai laa suratkabor KOSMO! tajuk punya laa cantik pasal Fasha berbikini. Front page citer artis berbikini, patut laa ramai minda lesu kalau baca KOSMO! muka depan ajer dah berita pasal orang berbikini. Artis berbikini lebih penting dari isu isu semasa lain. baru baca 3 4 perenggan nak terasa otak aku makin cair dan nak lesu, cepat cepat capai suratkhabar The Star kasik mantap balik minda. Takde berita lain ker nak letak kat muka depan? Esok citer laa sekali artis wanita terseksi tanahair terkentut dalam lif di One Utama. Kalau aku nak tengok cerita berbikini baik aku beli majalah majalah swimsuit lagi banyak cerita bikini. Come on laa wei. Sakit otak betol macam ni, aku nak spend duit nak beli suratkhabar pun nak kena browse tengok ada berita atau cerita. 

Hero Kecil

Akif Haqimi in action lil Kamen Rider Den O

 
Baru umur 3 tahun dah tahu nak selamatkan orang, sangggup korbankan tangan kecil dia menahan Gundam Shin Musha saiz Master Grade dari menghempap muka aku, Die hard fan Tamen Yaider aka Kamen Rider he he he. Makin rajin sekarang datang rumah bermanja dengan nenek dia. Itu laa anak buah bongsu aku Akif Haqimi makin besar makin banyak karenah dia.

Facebook bungkus?



Cerita Facebook nak bungkus, ramai yang bercerita dalam laman itu sendiri. Facebook ni dah laa penuh juga dengan benda benda fitnah dan maksiat sekarang sendiri terkena fitnah. Kenapa saya cakap penuh juga dengan , sebab saya cakap macam tu sebab ada juga kebaikan dalam Facebook, ada yang berdakwah, mengajar cara cara buat duit. Tapi yang banyak kat dalam Facebook adalah benda benda lalai. Kesian jugak kalau Facebook bungkus, takde lagi laa port mat dan minah buaya cari pasangan, kurang laa rumahtangga berantakan, isk isk ... paling ketara kesian ladang ladang Farmville tidak berbaja dan meja meja Poker pun lengang laa yer. Hahahaah nak bungkus Facebook, bungkus laa, Kejap jer tu esok lusa ada laa benda baru kuar, MUKABUKU, Sikubook, FaceWall ker.. bedal jer..


aarghhh macam macam laa... moh makan capati, karang sejuk tak sedap
"HENSHIN!!!"

Tuesday, January 11, 2011

Kemunculan sulung Kamen Malay Driver

Apa yang ada dalam ni, kali pertama buat benda macam ni. Baik tak baik benda ni? Bila tengok orang buat rasa nak buat bila dah buat tak tahu apa nak dibuat, jadi akhir nya buat gak macam tau tau buat. So bila dah ber "henshin" di alam maya ni kita teruskan jer laa yer ... bismillah ... READY .... SET ... GO !!!!
KAMEN MALAY DRIVER 1ST APPEARANCES
TIRU AKSI INI DI PEJABAT BUKAN DI SHOPPING COMPLEX