Who is Kamen Malay?

My photo
Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Malaysia
Demi keamanan dan kesejahteraan tanahairku ini akan ku guna tulang empat kerat dan dengan kuasa tali pinggang perut saiz 40" ini membenteras sebarang anasir anasir jahat dari planet Shocker.. isk poyo nyeee.. HENSHIN!!!

Wednesday, April 6, 2011

Bala dunia, Bala peribadi

Bala bala, ni semua bala ni 



     Jumaat 11/3/11, Tsunami menghantam persisiran pantai timur semenanjung Oshika, Tsunami gempa yang dinamakan Higashi Nihon Daishinsai atau nama inggeris "Great Eastern Japan Earthquake" hasil dari gempa berskala 9.0 gempa dasar laut yang menghasilkan ombak setinggi 37.9 meter atau 124 kaki. Kira sendiri laa berapa tinggi ombak tu. Kurangnya bilangan angka kematian adalah kerana kepakaran orang orang Jepon ni sendiri dalam membina struktur bangunan yang utuh ketika gempa bumi, Tapi kuasa Tuhan siapa laa yang tahu kan? Gegar boleh laa nak bina bangunan tahan gegar tapi kalau dah gegar kena dengan air laut setinggi bukit adakah mampu teknoloji masa kini membantu. Teringat aku bersembang dengan salah seorang mangsa Tsunami Acheh, sekarang duk kerja kedai mamak kat rumah. Dia cerita pengalaman di hambat tsunami memang tak boleh nak cerita mulut sahaja, elok rasa dulu baru tahu, kita tengok dalam tv macam senang jer nak lari kan? SALAH, try pi tepi laut time musim ombak besar pantai timur. Ini bukan ombak datang sampai takat pinggir pastu patah balik ini TSUNAMI dia datang terus datang selagi ada daya tolakan dari belakang dia datang tolak habis semua. Bayang laa macam mana perasaan tengok ombak lebih tinggi dari tiang lampu, dari pokok kelapa datang bergulung, kalau gulung kosong ok laa korang masih boleh terjah masuk dalam ini dah macam macam benda ada. Umpama cicak masuk blender laa jawabnya.


   Kereta kereta hanyut dah macam hotwheel dilempar lempar dalam kolam mandi. Tapi memang respect laa kerajaan dia dan teknoloji yang ada pada negara matahari terbit tu. sebegitu kuat hantaman bala namun tidak lah tinggi angka kematian. Sekarang bandingkan negara tersebut dengan negara Myanmar yang baru baru ini juga dilanda gempa. Cukup berbeza kesan kan? Negara kita Malaysia ni sudah bersediakan untuk menghadapi ujian azab yang bakal turun? Bukan nak menakutkan tapi terfikir laa sikit, gempa dia seberang dah rasa rasa sampai sini, Alangkan Bangkok 800km dari Myanmar pun terkena tempias. Aku sendiri mengalami pengalaman mini gempa di PJ sebanyak 3 kali dalam jangkamasa 3 tahun ni. Stesen Meteorologi Petaling Jaya ( www.met.gov.my) takde ker nak buat pengumuman berkenaan kes kes gempa mini ni? 


   Apa apa pun takziah pada rakan rakan dan warga Jepun. Hakikat mereka ini bangsa yang cekal dan tabah dan bila dilanda musibah selalunya semangat naik mereka berkali ganda, lihat sahaja apa yang jadi selepas Perang Dunia Ke-2, Jepun maju tersangat sangat sampai hidup dan perangai mereka pelik. So maybe ini semua just a warning pada mereka agar tak terlalu leka dan lupa bahawa Tuhan kalau nak ubah hanya 1 hari sahaja boleh ubah. Mungkin ada yang tak faham maksud aku ni tapi takpe laa kalau bersembang sama sama tentu akan tau maksud ni. Sebab topik ni laa Aku dan rakan rakan office pernah jadikan isu bual bicara di kedai selama 3 hari 


    Oleh itu untuk penutup cerita, teman menyeru pada rakyat Malaysia apa bangsa pun janji 1Malaysia untuk turut sama membantu tak banyak sikit pun jadi laa. Sumbanglah sikit kat MERCY MALAYSIA bukan untuk mangsa di Jepun tapi mangsa mangsa bencana lain di serata dunia juga.