Who is Kamen Malay?

My photo
Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Malaysia
Demi keamanan dan kesejahteraan tanahairku ini akan ku guna tulang empat kerat dan dengan kuasa tali pinggang perut saiz 40" ini membenteras sebarang anasir anasir jahat dari planet Shocker.. isk poyo nyeee.. HENSHIN!!!

Wednesday, January 12, 2011

Suratkhabar Merepek, Hero Kecil, Facebook bungkus

Fasha berbikini
Pagi pagi dah bangun ngantor bini gi LRT, balik singgah kedai mamak tapau capati, menunggukan capati capai laa suratkabor KOSMO! tajuk punya laa cantik pasal Fasha berbikini. Front page citer artis berbikini, patut laa ramai minda lesu kalau baca KOSMO! muka depan ajer dah berita pasal orang berbikini. Artis berbikini lebih penting dari isu isu semasa lain. baru baca 3 4 perenggan nak terasa otak aku makin cair dan nak lesu, cepat cepat capai suratkhabar The Star kasik mantap balik minda. Takde berita lain ker nak letak kat muka depan? Esok citer laa sekali artis wanita terseksi tanahair terkentut dalam lif di One Utama. Kalau aku nak tengok cerita berbikini baik aku beli majalah majalah swimsuit lagi banyak cerita bikini. Come on laa wei. Sakit otak betol macam ni, aku nak spend duit nak beli suratkhabar pun nak kena browse tengok ada berita atau cerita. 

Hero Kecil

Akif Haqimi in action lil Kamen Rider Den O

 
Baru umur 3 tahun dah tahu nak selamatkan orang, sangggup korbankan tangan kecil dia menahan Gundam Shin Musha saiz Master Grade dari menghempap muka aku, Die hard fan Tamen Yaider aka Kamen Rider he he he. Makin rajin sekarang datang rumah bermanja dengan nenek dia. Itu laa anak buah bongsu aku Akif Haqimi makin besar makin banyak karenah dia.

Facebook bungkus?



Cerita Facebook nak bungkus, ramai yang bercerita dalam laman itu sendiri. Facebook ni dah laa penuh juga dengan benda benda fitnah dan maksiat sekarang sendiri terkena fitnah. Kenapa saya cakap penuh juga dengan , sebab saya cakap macam tu sebab ada juga kebaikan dalam Facebook, ada yang berdakwah, mengajar cara cara buat duit. Tapi yang banyak kat dalam Facebook adalah benda benda lalai. Kesian jugak kalau Facebook bungkus, takde lagi laa port mat dan minah buaya cari pasangan, kurang laa rumahtangga berantakan, isk isk ... paling ketara kesian ladang ladang Farmville tidak berbaja dan meja meja Poker pun lengang laa yer. Hahahaah nak bungkus Facebook, bungkus laa, Kejap jer tu esok lusa ada laa benda baru kuar, MUKABUKU, Sikubook, FaceWall ker.. bedal jer..


aarghhh macam macam laa... moh makan capati, karang sejuk tak sedap
"HENSHIN!!!"

1 comment:

  1. makan capati jer?.. tapi kenapa tak belanja ija gak..saya nak...

    ReplyDelete