Who is Kamen Malay?

My photo
Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Malaysia
Demi keamanan dan kesejahteraan tanahairku ini akan ku guna tulang empat kerat dan dengan kuasa tali pinggang perut saiz 40" ini membenteras sebarang anasir anasir jahat dari planet Shocker.. isk poyo nyeee.. HENSHIN!!!

Friday, January 14, 2011

Merepek hal hobi lak



Hobby = an activity or interest pursued for pleasure or relaxation and not as a main occupation:
Nama saya Panda Relax
Kalau diterjemahkan dalam lidah belacan budu bermakna suatu aktiviti atau mengejar sesuatu benda hidup dan tak hidup untuk kepuasan atau kesenangan dan bukan dijadikan sebagai pekerjaan

Rasa nak kena ubah dah memandangkan hobi hobi sekarang banyak menjana pendapat individu

Kalau nak diceritakan hobi ni macam macam jenis, tak dapat laa nak list kan semua kat sini. Hobi ni ada yang modal tinggi dan ada yang tak bermodal langsung, contoh kalau jenis hobi main kereta, kalau kereta mainan takpe laa gak beli Hotwheels kat Ampcorp Mall baru 3 biji RM 10, tapi kalau hobi membabitkan kereta betul dah tentu makan kos tinggi. Hobi tak bermodal hobi kumpul batu laa kot tak pun kumpul angin. Ada hobi yang berisiko tinggi ada yang rendah. Nak kupas banyak banyak pun tak guna sebab teman bukan expert pun. Cuma nak merepek sembang jer. Dengan kemunculan hobi hobi baru juga banyak la hobi lama makin tenggelam. Kalau gi Ampcorp Mall time weekend sure muka muka old timer jer laa yang mengadap koleksi setem dan duit lama. Generasi baru kini hobi pelik pelik dah. Teman yang tak tua sangat ni pun terasa ketinggalan. Hobi kumpul gadget rasa dah macam sama tinggi modal dengan hobi bikin enjin kereta. Laptop Alienware dah rega sama dengan halfcut MIVEC. Beli handphone atau ipad lagi mahal dari time teman tukar block 4g93 tuh. Tapi berbaloi tak hobi gadget ni, tidak dapat dipastikan. Yang pasti harga makin turun. Rasa nak buat hobi kumpul rokok laa sebab tiap tiap tahun rokok naik harga. Bila musim perayaan kita tukar ke hobi kumpul gula dan minyak masak, sebab macam tahun tahun sudah, tiap kalu nak raya gula manjang habis. Lori gula pun tak nampak kat jalan raya habis disorok. Agak kena tambat sekali kot masa bulan Ramadhan.

Hobi bikin kereta Evo , contoh  hobi modal tinggi



Hobi ni bukan setakat dapat release stress, ia juga dapat menambah pendapat kalau kena pada jenis hobi. Contoh kalau hobi kumpul komik komik US, macam Marvel, DC.. bayangkan comic Action Comics isu 1 yang keluar tahun 1938 yang mana komik ni memperkenal kali pertama watak Superman bernilai USD 1 juta.

Action Comics #1 yang bernilai USD 1,000,000
Hobi tak semesti pada satu jer, macam aku sendiri suka pada touch up bikin sikit kereta buruk aku tuh, then kumpul DVD (aku giler betul tengok kamen rider hahahha) kumpul komik, gashapon, gundam. Dah berapa agak habis aku tak pasti sebab beli sikit sikit. Dulu beli gak lah Hotwheels tapi aku dah buat lelongan awam kat office dan diborong sekotak besar berisi lebih dari 100 biji hotwheels pada Mr Big Cock (bukan nama sebenar). Tengok sendiri laa sebahagian koleksi ni. Dah takde ruang dah kat rumah mak teman ni. Nampak sangat kena pindah rumah sendiri, hmmm tambah hobi baru laa, HOBI BELI RUMAH KOS MURAH
















Jadi teman menyeru pada rakan rakan yang terbaca repekan teman ni kalau ada komik komik nak buang, mainan lama lama, elok fikir 2 3 kali sebab mana tau mungkin sampah pada mata anda tapi pada mata orang lain amat bernilai.

Hobi yang menjanakan pendapatan amat elok time begini masa ekonomi slow ni. Kepuasan dapat duit pun dapat. Tak payah nak cari downline kan.



Ok dah lapar ni, baru balik keroje, penat meredah lautan double park kat Uptown Danau Kota, isteri tercinta pun masak best so HENSIN!! Sayonara

6 comments:

  1. pebendela hobi yang tak pakai duit.. hobi saya kumpul setem,kumpul kasut,kumpul baju,kumpul beg dll..lalalala

    ReplyDelete
  2. hahaha bestnyer jadi 1st follower blog nie..:)

    ReplyDelete
  3. bro...kalau lu kumpul duit kasi anak yatim atau budak2 tahfiz lagi bagus!!!....ok lah ko kan suka kumpul komik.....nak tanya ko??? sapa saifullah??

    ReplyDelete
  4. Saper saifullah? teka teki apa ni?

    ReplyDelete